Sunday, May 29, 2011

Salam Sejahtera ... Faux Cuppies

Assalamua'laikum / Salam Sejahtera.

Entry pertama kira santai-santai ajelah ye... ala-ala jalan-jalan tepi pantai. Blog ini Kak Wani dedikasikan khas buat semua yang minat akan kraf dekorasi hasil kerja 'kerastangan' Kak Wani. InsyaAllah, jika tidak ter-overdose dengan Vitamin M (malas), Kak Wani akan share dengan anda semua sedikit sebanyak info dan step-by-step tutorial mengenai pelbagai kerja 'kerastangan' Kak Wani yang memang keras. Kalau tangan Kak Wani yang tak berseni nih boleh buat, Kak Wani percaya anda semua pasti boleh! Tapi itulah... kadang-kadang terlajak Vitamin M... haha...

 
Faux Cupcakes

Nampak macam sedap kan cupcake kat atas nih? Memang cupcake pun, tapi inilah yang kita panggil faux cupcake atau fake cupcake. Maksudnya mengikut takrifan kamus kampung Kak Wani, cupcake tipu-tipu gitew... Hmhh, apa kelebihan faux cupcake ni:

KELEBIHAN FAUX CUPCAKE:

1. Memandangkan faux cupcake ini amatlah keras, maka tikus-tikus seMalaya semua tak kuasa nak gerit.
2. Cupcake ini tak akan basi! Itu dijamin! Haha...
3. Selaku hiasan, ia memainkan peranannya dengan baik sekali.
4. Since ia berat, boleh juga dibuat paperweight.
5. Bagus untuk mereka yang sedang berdiet, teringin mcm mana pun cupcake ini, tak boleh makan occay...
6. Dalam hal-hal kecemasan, boleh guna untuk baling pencuri yang masuk rumah. (Untuk kes-kes rumahtangga seperti suami isteri bergaduh, erkk...... no comment! Haha...)

KEKURANGAN FAUX CUPCAKE:
Setiap kejadian pasti ada kelebihan dan kekurangan. Chewah!!! Kekurangan faux cupcake ini ialah:

1. Boleh menggugat iman di bulan Ramadhan.
2. Boleh patah gigi jika ada percubaan nak 'ngap' cupcake ni... haha... eat at your own risk!
3. Jika terjatuh, sama ada cupcake ini yang mengalami kecederaan ringan, atau kaki anda yang mengalami kecederaan. Haha...

So, Kak Wani harap anda semua sudi mengunjungi lagi blog Kak Wani ini. Sila promote pada kawan-kawan semua ya... Jumpa lagi !!!!

1 comment:

  1. nampak macam betul ye...lawak la ayat entry ni...haha...zu pun crafter jgk...tapi tak de la pandai wat macam gini...

    ReplyDelete